top of page
SUAKASIH Desk

TAJA MAKAN 6.0 - Suakasih berkolaborasi bersama MIDF

Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF) telah bersama-sama menjayakan misi Taja Makan 6.0 di 5 buah sekolah yang terpilih iaitu SK Convent Bukit Nenas, SJK (T) Ladang Glenmarie, SK Seksyen (6) Shah Alam, SK Taman Melati dan SK Desa Pandan.


Program Taja Makan 6.0 yang dijalankan pada bulan Disember 2021 ini agak berlainan konsepnya dengan program Taja Makan yang lain. Pihak MIDF telah menyumbang sebanyak RM3,000.00 untuk disampaikan kepada para pelajar yang terpilih di kawasan Lembah Klang. Sumbangan yang disampaikan adalah dalam bentuk wang ringgit dimana setiap sekolah telah mendapat RM750.00 untuk diberi kepada 100 pelajar yang terpilih. Wang sumbangan tersebut adalah untuk perbelanjaan makanan harian mereka selama 15 harı sehingga 10 Disember 2021 iaitu akhir penggal persekolahan pada tahun 2021. Namun, projek ini akan diteruskan lagi pada sesi persekolahan sesi 2022 ini.


Baru-baru ini negara Malaysia telah dikejutkan dengan bencana banjir besar. Menurut sumber Sinar Harian, lebih 300 buah sekolah yang terjejas akibat banjir dan sebahagiannya telah dibuka sesi persekolahan penggal. Pihak SUAKASIH sedang dalam proses perbincangan untuk menjalankan misi pasca banjir iaitu PROJEK TAJA UNIFORM kepada pelajar sekolah yang terjejas akibat banjir. Projek Taja Uniform ini adalah bertujuan untuk memberi sumbangan pakaian khususnya pakaian sekolah kepada para pelajar yang kurang berkemampuan dan mengalami kesukaran untuk membeli uniform yang baru untuk ke sekolah.



Oleh yang demikian, sumbangan anda amatlah dialu-alukan demi menjalankan misi ini. Sebarang derma/sumbangan, boleh dibuat menerusi perbankan atas talian di AKAUN MAYBANK 5648-9214-4633. Ikuti kesemua media sosial kami (Facebook, Instagram & Twitter) di @thesuakasih.


SEKECIL SUMBANGAN, SELUAS BANTUAN







50 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

Comments


bottom of page