Kisah
SUAKASIH ditubuhkan oleh persaudaraan sahabat yang membesar di kampung halaman Alor Setar, Kedah pada era 1980an. Setelah kehilangan salah seorang sahabat pada tahun 2020, persaudaraan ini bertekad untuk berbakti semula kepada komuniti dan bantu sedaya upaya.
Sua adalah slanga lokal yang membawa maksud hulur, SUAKASIH secara keseluruhannya bermaksud misi persaudaraan untuk hulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
Setiap kanak-kanak berhak untuk memperolehi peluang yang sama dalam pendidikan demi masa hadapan mereka.
Misi Kami
Untuk menaja 100 kanak-kanak, dari 5 buah sekolah, dengan 20 murid di setiap sekolah pada Fasa 1 kempen SUAKASIH.
​
#Taja Makan
#Taja Poket
#Taja Buku
#Taja Uniform
Visi Kami
Visi utama kami adalah untuk memastikan kanak-kanak cukup makan, cukup duit, cukup pakaian & kelengkapan untuk ke sekolah. Masa depan setiap kanak-kanak boleh berubah jika diberikan peluang yang sewajarnya dalam pendidikan.